Friday, September 4, 2009

rezeki..

Manusia sering bimbang mengenai rezekinya apakah ada atau tidak cukup?
Tetapi apakah itu rezeki?
Adakah harta atau wang ringgit itu rezeki?

Menurut Islam, Allah S.W.T. berkehendakkan kita supaya bercakap benar dan jangan melakukan yang batil. Buatlah apa yang diredai Allah dan ketahuilah bahawa rezeki kita berada di tanganNya. Tidak seorang pun yang boleh mengambil atau menyekat rezeki kita. Allah telah menerangkan kepada kita bahawa Ia mengurniakan Qarun dengan harta yang banyak. Namun Qarun tidak pernah puas kerana angkuh.

"Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku.' Dan apakah ia tidak mengetahui bahawasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? (Surah Al-Qasas: 78)

Sesungguhnya rezeki itu tidak berperanan pada harta, darjat, keturunan atau pangkat saja, malah ia memainkan peranan mendapatkan keredaan Allah dari segi percakapan dan amalan. Di sinilah kita dapat memahami maksud firman Allah yang berikut, yang bermaksud:
Dan jadilah orang-orang (yang sebelumnya) itu mencita-citakan kedudukan Qarun itu berkata: Aduhai, benarlah Allah telah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dari hamba-hambaNya dan menyempitkannya. Kalau Allah tidak melimpahkan kurniaNya atas kita, benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula). Aduhai, benarlah! Tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah). (Surah Al-Qasas: 82)
p/s : sbrla abg...klu ade rezki insyaallah x kemane...asalkn abg pastikan yg rezki yg abg dpt tu dr sumber yg halal spye abg dpt kekal lme dgn rezki tu...klu abg dpt dr sumber haram,srupe mcm abg tipu diri abg sndiri...x pe org sntiase doakn kejayaan abg dlm idop...amin...

No comments:

Post a Comment